AXA AFFIN menawarkan Bantuan Dana Sokongan COVID-19 bagi membantu pelanggannya dan menggalakkan vaksinasi
- Written by Reporters
- Bantuan Dana Sokongan ditawarkan secara eksklusif untuk pelanggan polisi perubatan AXA AFFIN Life Insurance
- Pelanggan yang terkesan akibat COVID-19 akan mendapat akses kepada dana yang berjumlah RM200,000*
- Bagi menggalakkan kadar vaksinasi, dana ini juga turut melindungi sebarang komplikasi atau kesan sampingan vaksinasi.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 17 June 2021 - Lonjakan bilangan kes COVID-19 di Malaysia baru-baru ini telah mendorong AXA AFFIN Life Insurance Berhad untuk meneruskan sokongan terhadap keperluan pelanggannya dengan menawarkan Bantuan Dana Sokongan COVID-19. Diperkenalkan pada Februari 2021, Bantuan Dana Sokongan kini menggandakan jumlah dana sehingga RM200,000, eksklusif buat pelanggan polisi perubatan AXA AFFIN. Dana berkenaan akan diberikan tanpa sebarang kos tambahan kepada pelanggan yang terkesan akibat COVID-19 atau mereka yang mengalami komplikasi atau kesan sampingan selepas menerima vaksinasi COVID-19.
Dana ini tersedia mulai sekarang sehingga 31 Ogos 2021, atau sehingga dana diagihkan sepenuhnya, yang mana terdahulu.
Peruntukan dana ini adalah bertujuan untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan pelanggan AXA AFFIN Life Insurance dengan memberikan bantuan segera dalam bentuk bantuan tunai.
Sokongan percuma ini menawarkan bantuan tunai*, termasuk:-
- Bantuan tunai RM1,000 jika dikuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan akibat COVID-19
- Bantuan tunai RM2,000 jika dikuarantin di hospital kerajaan atau swasta akibat COVID-19
- Bantuan tunai RM10,000 untuk ahli keluarga terdekat pelanggan jika Kematian akibat COVID-19**
- Bantuan tunai sehingga RM10,000 sekiranya dimasukkan ke wad ICU akibat COVID-19***
- Bantuan tunai RM2,000 jika mengalami strok akibat kesan sampingan vaksinasi COVID-19****
- Ujian PCR COVID-19 PERCUMA bernilai RM190
"Kami menawarkan dana ini kerana kami tahu ianya sangat bermakna kepada pelanggan kami. Bantuan ini amatlah penting untuk diberikan kepada pelanggan kami dengan kadar segera bagi meringankan bebanan dan keresahan yang perlu ditanggung oleh mereka sekiranya kesihatan mereka terjejas akibat jangkitan atau vaksinasi COVID-19," kata Ketua Pegawai Bertugas AXA AFFIN Life Insurance Berhad, Kelvin Wong.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.axa.com.my atau hubungi ejen AXA AFFIN Life Insurance yang berdekatan dengan anda.
*Tertakluk kepada Terma & Syarat.
**Bantuan Tunai RM10,000 untuk Kematian akibat COVID-19 akan berakhir pada 30 Jun 2021.
***RM10,000 untuk pemegang polisi perubatanbukan saluran digital dan RM3,000 untuk pemegang polisi perubatan saluran digital.
****Vaksin tersebut mestilah yang dibenarkan atau berasal dari Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Malaysia dan mesti diberikan di dalam Malaysia. Kesan sampingan mestilah dalam tempoh 14 hari selepas vaksinasi itu diberikan.
ABOUT THE AXA GROUP
The AXA Group is a worldwide leader in insurance and asset management, with 153,000 employees serving 105 million clients in 54 countries. In 2020, IFRS revenues amounted to Euro 96.7 billion and underlying earnings to Euro 4.3 billion. AXA had Euro 1,032 billion in assets under management as of December 31, 2020.
The AXA ordinary share is listed on compartment A of Euronext Paris under the ticker symbol CS (ISN FR 0000120628 – Bloomberg: CS FP – Reuters: AXAF.PA). AXA's American Depository Share is also quoted on the OTC QX platform under the ticker symbol AXAHY.
The AXA Group is included in the main international SRI indexes, such as Dow Jones Sustainability Index (DJSI) and FTSE4GOOD.
It is a founding member of the UN Environment Programme's Finance Initiative (UNEP FI) Principles for Sustainable Insurance and a signatory of the UN Principles for Responsible Investment.
This press release and the regulated information made public by AXA pursuant to article L. 451-1-2 of the French Monetary and Financial Code and articles 222-1 et seq. of the Autorité des marchés financiers' General Regulation are available on the AXA Group website (axa.com).
ABOUT AXA AFFIN LIFE INSURANCE BERHAD
Diperbadankan pada Februari 2006, AXA AFFIN Life Insurance Berhad (AXA AFFIN Life) ialah syarikat usaha sama antara AFFIN Bank Berhad dan AXA Group, peneraju perlindungan kewangan di seluruh dunia, yang beribu pejabat di Paris. Dengan memanfaatkan kekuatan AXA Group sebagai pakar perlindungan kewangan dan pengetahuan tempatan serta kepelbagaian rangkaian AFFIN Bank, AXA AFFIN Life memberi tumpuan kepada usaha membantu individu menguruskan risiko dan mencapai matlamat kewangan mereka. AXA AFFIN Life akan berusaha untuk membina hubungan rapat dan berpanjangan dengan pelanggan, menawarkan penjagaan, sokongan dan nasihat kepada mereka dengan standard etika profesional yang tertinggi.
#AXAAFFINLifeInsuranceBerhad

