Pitch Engine

  • Written by Reporters

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 6 April 2021 - Kenanga Investors Berhad ("Kenanga Investors") hari ini mengumumkan kerjasama dengan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Planning Council, MFPC) untuk menawarkan program kelayakan profesional bagi sijil Perancang Kewangan Berdaftar (Registered Financial Planner, RFP) dan Perancang Kewangan Syariah Berdaftar (Shariah Registered Financial Planner, Shariah RFP).

Kenanga Investors Bekerjasama Dengan MFPC Untuk Melancarkan Program Perancangan Kewangan

Dari kiri ke kanan: Vincent Kwo Shih Kang, Presiden MFPC, dan Ismitz Matthew De Alwis, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad

Kedua-dua Program ini dijangka dapat mempertingkatkan kerelevanan perancangan kewangan dan menambah baik kerjaya pengamal kewangan; sekali gus melahirkan perancang kewangan yang cekap serta memiliki kelayakan profesional. MFPC akan memantau pengurusan hal ehwal Program secara keseluruhan termasuk membangunkan dan mengemas kini kandungan Program dari semasa ke semasa, memantau kualiti dan melakukan penilaian, serta menganugerahkan sijil kepada peserta Program yang memenuhi kelayakan. Kenanga Investors akan membantu MFPC untuk mendidik peserta tentang tanggungjawab mereka sebagai perancang kewangan, tingkah laku profesional mereka dan peraturan serta standard yang berkaitan sepanjang berlangsungnya Program ini.

Menurut Ismitz Matthew De Alwis, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors, "Program ini bertujuan menggalakkan kefahaman yang lebih mendalam tentang pendekatan perancangan kewangan berbanding dengan pendekatan berasaskan produk, yang sememangnya menerima dukungan dan sokongan padu kami selama ini. Di Kenanga Investors, kami menganjurkan kelebihan pendekatan ini dalam struktur korporat kami dan pada masa ini, kakitangan jualan kami daripada tenaga agensi dan pasukan Private Wealth telah mendaftar atau sudah memiliki lesen sebagai perancang kewangan."

Dengan pelancaran Program ini, beliau menjangkakan tenaga jualan agensi syarikat, serta kakitangan baharu, akan memenuhi keperluan pelesenan sebelum menjadi perancang kewangan yang terlatih sepenuhnya. "Matlamat tahunan kami adalah untuk memastikan tenaga kerja agensi Kenanga Investors dan Pengurus Private Wealth menyertai Program secara sistematik mengikut kesediaan dan pengambilan yang dijadualkan. Kerjasama ini akan memastikan kami berupaya menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan yang akan menambah nilai holistik kepada perjalanan kewangan pelanggan," ujar De Alwis.

Menurut Presiden MFPC Vincent Kwo Shih Kang, kerjasama strategik ini adalah selaras dengan pengumuman yang dibuat baru-baru ini oleh pihak berkuasa pengawalseliaan yang berhasrat memperluas skop perancang kewangan. "MFPC, bersama Kenanga Investors, memuji langkah berani yang dilaksanakan dalam industri ini, yang akan memberi pelabur satu lagi saluran untuk mendapatkan nasihat pelaburan. Kami komited terhadap usaha menyokong pertumbuhan profesion perancangan kewangan menerusi pendekatan aktif ini yang akan mendatangkan faedah yang besar kepada pelabur baharu yang semakin bertambah khususnya berikutan wujudnya minat yang lebih tinggi terhadap pelaburan dalam tempoh pascapandemik," kata Kwo.

MFPC merupakan badan bebas yang menggalakkan pembangunan dan peningkatan profesion perancangan kewangan di seluruh negara. MFPC membangunkan dan memantau Standard Amalan Terbaik dan Kod Etika yang mesti dipatuhi oleh RFP dan RFP Syariah. Badan ini didaftarkan pada 10 Mac 2004 di bawah Akta Pertubuhan 1996.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kenanga Investors Berhad, sila layari www.kenangainvestors.com.my.

Mengenai Kenanga Investors Berhad 199501024358 (353563-P)

Kami menawarkan penyelesaian pelaburan termasuk skim pelaburan kolektif, perkhidmatan pengurusan portfolio dan pelaburan alternatif bagi pelanggan runcit, korporat dan institusi selain pelanggan bernilai bersih tinggi melalui jaringan pelbagai agihan.

Terkini, Asia Asset Management's 2021 Best of the Best Awards yang berpangkalan di Hong Kong telah memberikan anugerah kepada KIB di bawah kategori yang berikut, Malaysia - Best Equity Manager, Malaysia CIO of the Year, Malaysia – Dana Islamik Terbaik (Ekuiti), dan Malaysia Best House bagi Alternatif.

Kenanga Growth Fund ("KGF") memenangi anugerah Core Equity – Malaysia manakala Kenanga Syariah Growth Fund ("KSGF") memenangi anugerah Core Equity – Malaysia (Islamik) semasa FSMOne Recommended Unit Trusts Awards 2020/2021. Kenanga Balanced Fund menerima pengiktirafan di bawah kategori Balanced – Malaysia.

Di Refinitiv Lipper Fund Awards 2020, KIB meraih anugerah "Best Mixed Asset Award – Malaysia Pension" dan "Best Equity Award – Malaysia Islamic". KSGF menerima anugerah "Equity Malaysia – Malaysia Islamic" selama 10 tahun manakala Kenanga Diversified Fund diiktiraf sebagai "Mixed Asset MYR Flexible – Malaysia Pension" untuk 3 tahun dan 5 tahun. KSGF turut dinobatkan sebagai "Malaysia Best Equity over 10-years" di majlis Anugerah Refinitiv Lipper Fund 2020 bagi Pasaran Islamik Global.

Bagi tahun keempat berturut-turut, KIB menerima penarafan pengurus pelaburan IMR-2 daripada Malaysian Rating Corporation Berhad sejak penarafan pertama pada tahun 2017. Penarafan IMR mencerminkan proses pelaburan yang mantap dan amalan pengurusan risiko yang kukuh oleh syarikat pengurusan dana. Bagi tahun 2020, purata pulangan tahunan setahun, tiga tahun dan lima tahun bagi 20 dana unit amanahnya yang tertinggi mengatasi penanda arasnya.

Siaran akhbar ini dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran & Komunikasi Kenanga Group.

Source https://www.media-outreach.com/news/2021-04-06/72087/kenanga-investors-bekerjasama-dengan-mfpc-untuk-melancarkan-program-perancangan-kewangan