Pitch Engine

  • Written by Reporters

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 1 March 2021 - CERTAINTY, sebuah jenama milik Disposable Soft Goods (DSG) baru-baru ini memperkenalkan konsep Aktiviti Seharian (Activities of Daily Living, ADL) untuk membantu rakyat Malaysia dalam tabiat pembelian mereka, terutamanya untuk pemilihan lampin dewasa. ADL adalah satu terma yang sering digunakan dalam industri penjagaan kesihatan untuk merujuk kepada aktiviti dalam kehidupan seharian. ADL terdiri daripada 6 aktiviti utama termasuk makan, mandi, memakai pakaian, penggunaan tandas, pergerakan dan kontinens. Dengan mengetengahkan konsep baharu ini, DSG telah menghasilkan lampin dewasa CERTAINTY yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna, berdasarkan keadaan pergerakan pengguna tersebut.

Memperkenalkan Konsep Penjagaan Aktiviti Seharian (ADL) - Nikmati hidup sepenuhnya dengan CERTAINTY

Dari kiri ke kanan: Lampin Certainty DryPants untuk ADL0, Certainty SuperPants untuk ADL1, Certainty MaxPants untuk ADL2&3 dan Certainty Tape untuk ADL4&5.

Berdasarkan keadaan pergerakan seseorang pengguna, pemilihan lampin dewasa secara amnya dibahagikan kepada inkontinens 'ringan hingga sederhana' atau 'sederhana hingga berat'. Pengguna yang boleh berjalan sendiri atau berjalan dengan menggunakan alat bantuan secara amnya menghadapi inkontinens 'ringan hingga sederhana'. Pengguna yang memerlukan bantuan atau terlantar sakit di katil pula biasanya mempunyai masalah inkontinens 'sederhana hingga berat'. Ikon keadaan pergerakan dan tahap penyerapan dicetak pada pembungkusan untuk membantu pengguna memilih jenis lampin dewasa yang betul.

"Kami amat teruja untuk melancarkan konsep penjagaan ADL ini ke dalam pasaran di Malaysia. Penggunaan konsep ini dalam rekaan dan pembangunan produk kami pastinya akan membantu pengguna memilih jenis lampin dewasa yang tepat untuk menguruskan masalah inkontinens urin," kata Daigo Fujiwara, Pengarah Jualan dan Pemasaran.

Di Malaysia, kira-kira 1.2 juta orang menghadapi masalah inkontinens atau tidak dapat mengawal pengeluaran urin yang tidak disengajakan. Seorang daripada 10 wanita mempunyai masalah inkontinens yang kerap manakala seorang daripada 20 lelaki mengalaminya. Terdapat dua jenis inkontinens yang kebanyakannya dihadapi oleh wanita iaitu 'inkontinens tekanan' dan 'inkontinens desakan'. Inkontinens tekanan berpunca daripada batuk, ketawa, bersin, bersenam atau pergerakan lain yang meningkatkan tekanan dalam abdomen. Inkontinens desakan pula adalah luar kawalan dan dicetuskan oleh bunyi seperti bunyi air mengalir atau meminum sedikit air.[1]

"Inkontinens bukan sejenis penyakit. Ia adalah sejenis simptom atau petanda bahawa beberapa bahagian tubuh anda tidak berfungsi dengan betul. Kami percaya ini adalah masa yang tepat untuk memperkenalkan rangkaian lampin dewasa kami dengan konsep penjagaan ADL untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Konsep ini membantu pengguna menguruskan masalah inkontinens serta sebagai panduan untuk penjaga membuat pemilihan produk yang tepat," tambah Daigo.

Berdasarkan 6 (enam) tahap konsep penjagaan ADL (dari ADL 0 -- ADL5), Certainty membantu pengguna memahami dengan lebih mendalam tentang keadaan pergerakan pengguna, seterusnya membantu mereka memilih lampin dewasa yang sesuai berdasarkan masalah inkontinens urin masing-masing. Dengan ini, lampin dewasa CERTAINTY kini dibahagikan kepada 4 jenis yang berbeza. CERTAINTY DryPants dan CERTAINTY SuperPants masing-masing dikhususkan untuk mereka yang boleh berjalan atau bergerak dengan bebas atau dengan bantuan pergerakan yang minimum. Sementara itu, CERTAINTY MaxPants adalah untuk pengguna yang memerlukan bantuan, sebagai contoh, mereka yang dibantu oleh penjaga dan CERTAINTY Tape direka khas untuk pesakit yang terlantar sakit di katil.

Dengan slogan "For Everyday Confidence" ("Untuk Keyakinan Setiap Hari"), CERTAINTY percaya rangkaian lampin dewasanya yang telah dihasilkan berdasarkan konsep penjagaan ADL akan membolehkan penjaga dan pengguna yang mempunyai masalah inkontinens urin untuk menjalani hidup dengan bebas dan yakin. Untuk maklumat lanjut mengenai konsep penjagaan ADL, layari www.certainty.com.my atau laman rasmi Facebook di www.facebook.com/certaintymalaysia."

Mengenai Disposable Soft Goods

Disposable Soft Goods (DSG) mula beroperasi di Malaysia dengan penubuhan Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd pada Oktober 1995, sebuah syarikat yang terlibat dalam pengedaran lampin pakai buang untuk bayi dan orang dewasa. Pada Julai 1999, DSG telah membuka kilang pengeluarannya, DSG (Malaysia) Sdn Bhd di Glenmarie, Shah Alam. Pada tahun 2013, DSG telah berpindah ke sebuah kemudahan gudang dan pengeluaran bersepadu sepenuhnya yang terletak di Teluk Panglima Garang.

Pada 26 September 2018, Unicharm Corporation, sebuah syarikat antarabangsa Jepun terkemuka yang mengeluarkan produk-produk pakai buang untuk penjagaan kebersihan yang mengkhususkan dalam lampin bayi, penjagaan inkontinens dewasa, kebersihan wanita, penjagaan haiwan peliharaan serta bersih & segar, telah memperoleh DSGT dan kesemua anak syarikatnya termasuklah DSG Malaysia. Kumpulan pengurusan Unicharm dan DSG telah berganding bahu untuk memacu pertumbuhan yang pesat dalam perniagaan DSG.

Dari sebuah perniagaan kecil dengan hanya 57 orang kakitangan, syarikat ini telah berkembang dan memperluas oeprasi perniagaannya dengan lebih daripada 350 orang kakitangan pada 2020. Jenama-jenama utama DSG adalah Certainty untuk lampin dewasa, dan PetPet dan Fitti untuk lampin bayi.

Source https://www.media-outreach.com/release.php/View/66927#Contact