Pitch Engine
The Times Real Estate

.

  • Written by Reporters

Pereka Kipas Siling Meluaskan Penawaran Produk HVLS untuk Keperluan Pasaran Antarabangsa

 

NASHVILLE, TENNESSEE - Media OutReach - 24 February 2021 -Hunter Industrial Fans - bahagian industri bagi Hunter Fan Company - telah melancarkan pilihan kipas antarabangsa yang kenali sebagai "DDI." DDI merupakan kipas industri volum tinggi, kelajuan rendah (high volume, low speed, HVLS) yang direka untuk peredaran udara yang berkuasa. Kipas HVLS direka untuk ciri ringkas sambil memberikan aliran udara yang banyak. Ini dapat dicapai menerusi motor pacuan terus yang dibina khusus dan tiga bilah kipas yang memiliki kecekapan aerodinamik.

Hunter Fan Company Memperkenalkan Pilihan Kipas Industri Untuk Malaysia

"Hunter Industrial telah berkembang dengan pesat sejak enam tahun kebelakangan ini dan kami berbesar hati menawarkan produk yang memenuhi permintaan pelanggan antarabangsa kami di seluruh dunia," kata Mark D'Agostino, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Hunter Industrial. "Kipas DDI menawarkan harga yang kompetitif dengan prestasi yang tiada bandingan dalam industri."

Kipas DDI yang terdapat dalam dua saiz--termasuk model 20 dan 24 kaki diameter--sangat sesuai untuk sebarang kemudahan yang ingin mendapatkan pergerakan udara yang banyak dalam ruang yang besar. Antaranya seperti gudang, pusat pembuatan, penghantaran atau kawasan pemunggahan.

"Kami telah menyaksikan permintaan yang semakin meningkat untuk pilihan produk antarabangsa yang boleh dipercayai, mudah dipasang dan mampu dimiliki. DDI ialah jawapannya dan saya berharap dapat menjalin perkongsian dengan syarikat-syarikat di seluruh dunia bagi memenuhi keperluan kemudahan mereka," kata Borja Chavarri, Pengarah Jualan Antarabangsa Hunter Industrial.

Kipas DDI menyediakan jaminan selama lima tahun untuk motor dan kawalan elektronik dan Jaminan Sepanjang Hayat Terhad untuk semua komponen lain.  Untuk pertanyaan jualan antarabangsa, hubungi Borja Chavarri di bgiralt@hunterfan.com.

Tentang Hunter Industrial Fans

Sejak tahun 1886, fokus Hunter Fan Company adalah untuk memberikan dan meningkatkan keselesaan para pengguna. Komitmen Hunter terhadap kualiti, kemahiran dan inovasi mengekalkan kelebihan syarikat sehingga hari ini--dan para pengguna Hunter yang merentasi berbilang generasi. Hunter Industrial merupakan sebahagian daripada warisan ini dan kipas volum tinggi, berkelajuan rendah yang dihasilkan oleh bahagian industri mewakili semangat Hunter dalam menerajui pelbagai penemuan teknologi kipas siling. Kipas Hunter Industrial direka dengan mengambil kira setiap individu yang terlibat dalam proses--dari pemasang hinggalah kepada pemilik. Para pereka, jurutera dan juruteknik Hunter Industrial, syarikat yang berpangkalan di Nashville, Tenn., bekerjasama menguji, menghasilkan prototaip dan membuat setiap kipas dengan sempurna. Untuk maklumat lanjut, layari www.hunterfan.com/industrial.

Source https://www.media-outreach.com/release.php/View/66052#Contact