Pitch Engine

  • Written by Reporters

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 8 Februari 2021 - Dalam perkembangan terkini, Kenanga Investment Bank Berhad telah melonjakkan agenda digitalnya melalui Kenanga Private Equity Sdn Bhd, iaitu cabang ekuiti persendirian sepenuhnya syarikat berkenaan. Perjanjian bersyarat telah dimeterai dengan persetujuan perolehan sebanyak 19.0% pegangan ekuiti di dalam Tokenize Technology (M) Sdn Bhd (Tokenize Malaysia).

Kenanga Investment Bank Miliki Kepentingan Dalam Pasaran Tukaran Kripto Berlesen

Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan, Kenanga Investment Bank Berhad

Beroperasi di bawah jenama Tokenize Xchange, ia adalah salah satu daripada tiga Pasaran Tukaran Aset Digital (DAX) yang berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan kini merupakan DAX yang kedua terbesar dalam bahagian pasaran di Malaysia. Tokenize Xchange adalah pasaran tukaran dalam talian yang menjalankan perdagangan mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum, dan beroperasi 24 jam sehari, sepanjang tahun.

"Kami telah membina ekosistem digital untuk para pelanggan kami dengan menawarkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan, termasuklah aset digital. Kemunculan aset digital seperti mata wang kripto telah diterima secara global sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Memandangkan kami berminat dengan kripto dan menjadikannya sejenis kelas aset, kami memahami keadaan turun naik dan lambakan pelabur yang kian meningkat di pasaran. Oleh yang sedemikian, kami berbesar hati kerana diberi peluang untuk melabur di dalam salah satu daripada tiga pasaran aset digital berlesen yang ada di Malaysia. Kami juga menghargai usaha Suruhanjaya Sekuriti kerana buat julung kalinya telah memperkenalkan dasar-dasar ini di rantau Asia," kata Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad.

Tokenize Xchange pada awalnya telah dilancarkan di Singapura oleh pengasas teknologi terkemuka, Hong Qi Yu pada tahun 2018 dan sejak itu telah memiliki lebih daripada 100,000 pelanggan.

Hong kemudiannya menubuhkan Tokenize Malaysia untuk menumpukan kepada pasaran Malaysia. Pada Jun 2019, Tokenize Malaysia telah mendapat lesen Recognized Market Operator (RMO) untuk beroperasi di bawah SC dan sejajar dengan pengiktirafan tersebut, platformnya iaitu Tokenize Xchange, dilancarkan pada 1 April 2020.

"Minat kami terhadap aset digital bukan sahaja terhadap Bitcoin dan mata wang kripto yang sedia ada di pasaran sekarang. Kami yakin bahawa teknologi canggih di sebalik aset digital adalah sangat penting dan kuasa kewujudannya tidak boleh dinafikan terutamanya untuk masa hadapan. Oleh itu, kami berharap pengumpulan dana melalui perniagaan token dan aset akan memberi impak yang besar dalam pasaran modal untuk masa depan negara. Kami juga percaya bahawa melalui Tokenize Malaysia, kami berupaya menjadi pelabur utama dalam pasaran modal digital di Malaysia," tambah beliau lagi.

"Gabungan pelbagai sumber dan kepakaran ini sudah pasti dapat mengubah masa hadapan serta membuka mata banyak pihak akan kehadiran kami dalam pelaburan di Malaysia. Bersama, kita mampu membentuk pasaran aset digital dan membina laluan untuk para pelabur melabur di negara ini ", kata Hong Qi Yu, Ketua Pegawai Eksekutif, Tokenize Malaysia. Permodalan pasaran kripto global pada masa kini telah mencapai USD1.007 trilion*, dengan lonjakan sebanyak tiga kali ganda berbanding empat bulan lepas. Malah terdapat banyak peningkatan dalam pasaran kripto yang berkait rapat dengan permodalan pasaran ekuiti global yang dianggarkan bernilai hampir ratusan trilion.

Pelaburan Tokenize Malaysia adalah tambahan kepada rangkaian inisiatif digital Kenanga Investment Bank yang diterokai sejak beberapa tahun ini. Ia termasuklah kejayaan usaha sama dengan Rakuten Inc di Jepun bagi memperkenalkan platform pasaran dagangan saham yang dijalankan sepenuhnya di dalam talian yang pertama di Malaysia iaitu Rakuten Trade di mana kerjasama ini telah menunjukkan kadar peningkatan yang luar biasa.

Dalam perkembangan terkini, ia juga telah memiliki perolehan saham dari Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) iaitu syarikat e-money terkemuka di Malaysia dan Pengendali Perkhidmatan Perniagaan Wang terbesar di negara ini, hasil kolaborasi dengan Kenanga dalam usaha untuk memperkenalkan broker saham e-wallet yang pertama di Malaysia, iaitu Kenanga Money. Kenanga juga telah mengumumkan perkongsiannya dengan Bay Group Holdings Sdn Bhd, pemenang anugerah syarikat pembekal rangkaian digital sebagai satu langkah mentransformasikan pasaran tradisional di Malaysia. Pada tahun ini, Kenanga turut merancang untuk menyediakan platform penasihat-robo (robo-advisory) yang secara automatik akan menunjukkan portfolio pelaburan kepada pelanggan, sebagai pendekatan lebih pro aktif dalam penciptaan ekosistem yang mampu menyediakan penyelesaian kewangan yang lengkap untuk pelanggan-pelanggan kami.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kenanga.com.my untuk Kenanga Investment Bank Berhad, dan www.tokenizemalaysia.com untuk Tokenize Malaysia,

 

* 2-Feb-21, menurut coinmarketcap.com.

Source https://www.media-outreach.com/release.php/View/64316#Contact