Perkongsian strategik iQIYI International dan Astro menambah dimensi kandungan tempatan
- Written by Reporters
- iQIYI kini kembali dengan lebih banyak senarai tontonan tempatan dengan drama Melayu terkini 'Biar Mereka Cemburu' terbitan Astro, boleh distrim secara eksklusif serentak di kedua-dua platform iQIYI dan Astro serta pelbagai koleksi drama popular sejak beberapa tahun yang lalu .
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 8 Disember 2020 - iQIYI International, penyedia platform penstriman terkemuka terkini untuk drama tempatan kini memperluaskerjasama dengan Astro Malaysia Holdings, kumpulan hiburan media yang terkemuka di Malaysia, dengan menawarkan lebih banyak pilihandrama tempatan untuk para penonton. Kerjasama ini memberi dimensi baharu kepada hubungan strategik di antara ke dua buah syarikat ini di mana koleksi drama terkini dan popular terbitan Astro akan disiarkan melalui platform iQIYI.
Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQIYI International untuk Malaysia, Singapura dan Brunei berkata, "Kami berazam untuk menjadi pilihan no 1. kepada penonton Malaysia yang ingin menikmati hiburan tempatan dan global yang berkualiti. Oleh itu kami kini giat berusaha untuk menawarkan lebih banyak senarai tontonan tempatan kepada pengguna Malaysia selain dari koleksi judul-judul terbaik Korea dan China yang kami miliki. Kami telah mula menawarkan senarai tontonan tempatan kepada pengguna pada bulan Julai yang lalu dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan."
Kerjasama antara iQIYI International dengan Astro telah dibentuk pada tahun 2019 dan telah menghasilkan satu-satunya saluran TV linear iQIYI di rantau ini yang disediakan secara eksklusif untuk pelanggan Astro. Perkongsian ini mencerminkan aspirasi kedua-dua buah syarikat untuk pertukaran senarai tontonan global yang kini menjadi semakin mudah diakses seiring dengan kemajuan teknologi. iQIYI International dan Astro komited untuk menyediakan hiburan yang berkualiti tinggi kepada para pengguna menerusi inovasi teknologi yang terkini dan kandungan tontonan yang berdaya kreatif .
Selain daripada koleksi tontonan yang paling popular, perkongsian strategik ini turut membawakan judul yang dinantikan ramai , Biar Mereka Cemburu, melalui perkhidmatan penstriman iQIYI. Drama yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aiman Hakim Ridza, Nabilah Razali dan ramai lagi ini mengisahkan kisah cinta pemuda dari kota, Eidil, yang jatuh cinta dengan seorang gadis penghantar makanan dan juga jurugambar berbakat, Nadia. Namun, Nadia tidak membalas cintanya dan babak-babak komedi dan romantis mula tercetus. Drama ini mula disiarkan pada 1 Disember 2020 dan setiap episod akan disiarkan di iQIYI satu jam selepas tayangannya di Astro Ria.
Langkah ini membuktikan kerjasama yang berterusan antara kedua-dua pihak serta falsafah yang dikongsi bersama dalam menyediakan perkhidmatan hiburan yang berkualiti kepada pengguna. Rancangan ini akan disiarkan di Astro Ria pada 10 malam , manakala pengguna iQIYI akan dapat menyaksikannya sejam selepas itu. Episod drama ini boleh diakses untuk tontonan semua di sini https://bit.ly/WatchBiarMerekaCemburu atau muat turun aplikasi iQIYI melalui http://bit.ly/iQIYI .
"Astro menyediakan pilihan senarai tontonan tempatan yang hebat dengan rekod prestasi yang baik dalam menerbitkan rancangan popular yang menarik minat pelbagai lapisan masyarakat. Kami akan terus menambah kandungan premium berkualiti tinggi terbitan Astro menerusi perkongsian ini. Yang pasti, lebih banyak senarai tontonan hebat bakal menanti." tambah Dinesh.
Menurut Dinesh lagi, "Kami telah menyaksikan peningkatan jumlah pengguna di platform kami apabila lebih ramai pengguna menghabiskan masa mereka di rumah semasa arahan PKPB oleh kerajaan . Dengan ini, k ami akan terus memperkukuh dan memperluas lagi perkongsian senarai tontonan bagi memenuhi permintaan para penonton."
Mengenai iQIYI International
iQIYI International yang berpangkalan di Singapura menyediakan perkhidmatan penstriman video atas permintaan yang menawarkan pilihan hiburan dari Asia kepada para penonton antarabangsa. Menerusi perkhidmatan yang disokong oleh iklan dan juga langganan VIP, iQIYI International menyediakan siri drama premium, tayangan filem, rancangan aneka ragam dan anime; dalam bahasa tempatan dan sari kata; menerusi teknologi yang termaju.iQIYI International turut menyediakan teknologi syarikat kepada perkhidmatan hiburan yang lain melalui perkongsian SaaS. iQIYI International boleh dinikmati melalui sebarang peranti menerusi iQ.com dan aplikasi. iQIYI International dimiliki oleh iQIYI, Inc. (Nasdaq: IQ).
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti akaun media sosial iQIYI Malaysia di:
Facebook: www.fb.com/iQIYIMalaysia
Instagram: www.instagram.com/iQIYIMalaysia
Twitter: www.twitter.com/iQIYIMalaysia
YouTube: www.youtube.com/c/iQIYIMalaysia
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSpS45B2/
Mengenai Astro Malaysia Holdings Berhad
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) adalah syarikat peneraju kandungan dan konsumer bersepadu yang menawarkan perkhidmatannya kepada 5.7 juta pelanggan dalam kediaman atau 75% isi rumah di Malaysia melalui platform TV, radio, digital dan e-dagang. Sebagai jenama yang dipercayai, Astro memastikan rakyat Malaysia kekal terhibur dan memperoleh perkembangan terkini. Astro merekodkan kadar perkongsian tontonan sebanyak 73%, yang mana rata-rata dipacu oleh sajian kandungan tempatan dan vernakular, program-program antarabangsa dan kandungan sukan terhebat dunia yang bersiaran secara langsung. Perkhidmatan penstriman Astro, Astro GO, membolehkan 1.7 juta pengguna aktif pada setiap bulan mengakses kepada pelbagai sajian kandungan pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada, di alat peranti masing-masing. Sehingga hari ini, sebanyak 134 juta video On Demand telah distrim pengguna. Dalam pada itu, seleksi jenama di bawah radio Astro kekal mengungguli di kedudukan pertama di setiap bahasa masing-masing, merekodkan sebanyak 15.7 juta pendengar pada setiap minggu, dengan 3.6 juta mendengar menerusi perkhidmatan radio di platform digital, pada setiap bulan. Jenama-jenama digital Astro yang lain seperti Astro Awani, Gempak, Xuan dan Astro Ulagam mencatatkan sebanyak 13.4 juta pengunjung unik pada setiap bulan (MUV). Dengan memiliki seramai 8 juta pengikut, Astro Awani terus menjadi saluran nombor satu pilihan rakyat Malaysia untuk berita di platform media sosial. Sebagai penerbit filem terkemuka di Malaysia, Astro sentiasa komited untuk meningkatkan standard filem tempatan dengan menghasilkan filem-filem pecah panggung seperti Hantu Kak Limah, BoBoiBoy Movie 2, Paskal, Polis Evo 2 dan filem yang menerima banyak penganugerahan, The Garden of Evening Mists. Pada FY20, Astro Shaw mencatatkan sebanyak 50 peratus penjualan filem tempatan yang berjaya merekodkan kedudukan pecah panggung.
Source https://www.media-outreach.com/release.php/View/57274#Contact