Pitch Engine
The Property Pack

.

  • Written by Reporters

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 28 Oktober 2020 - HappyFamily ditubuhkan pada 2012 oleh Master Tan, seorang pakar iridologi yang berpengalaman dan cemerlang di Malaysia. Beliau menegakkan konsep terapi semula jadi, iaitu mengenal pasti keadaan fizikal melalui pemerhatian dan analisis iris, kemudian mengubah dan memperbaiki tubuh. Pada peringkat awal penubuhannya, beliau hanya mempunyai satu produk, iaitu HappyLiva yang berfungsi untuk mengurangkan panas badan. Ramai pelanggan mengalami masalah sakit kepala dan panas badan, namun hanya dengan meminum satu atau dua bungkus sahaja, masalah mereka akan sembuh dengan mudah. Di samping itu, HappyFamily juga akan melancarkan produk pengganti makanan berkhasiat baru - DrMiow pada bulan November tahun ini.

HappyFamily Melancarkan Produk Pengganti Makanan Berkhasiat Baru DrMiow Formula unik Melindungi Kesihatan Anda

DrMiow merupakan produk baharu HappyFamily yang dikaji oleh pasukan R&D syarikat dalam beberapa tahun ini. Ia berdasarkan makanan rendah kalori yang popular di Eropah dan Amerika, serta menggunakan makanan protein dan tinggi serat yang berkualiti tinggi untuk membantu meningkatkan metabolisme, justeru menahan rasa lapar dengan mudah dan mengekalkan tenaga.

Satu bungkus DrMiow Pada Setiap Hidangan Dapatkan Pemakanan Sihat dan Lengkap

Sebagai produk pengganti makanan rendah lemak, rendah kalori, penuh nutrien, DrMiow memfokuskan pada konsep kesihatan "satu bungkus mengimbangi satu hidangan, mudah dan tidak membebankan". Albumin beras dan protein whey yang berkualiti tinggi telah digunakan untuk menggantikan protein kacang yang biasa dijumpai dalam produk pengganti makanan supaya pengganti makanan DrMiow lebih mudah dicerna tanpa menyebabkan perut kembung. Di samping itu, terdapat biji Chia organik yang dapat membekalkan serat tumbuhan dan asid lemak omega 3 yang diperlukan oleh tubuh, dimana ia berkesan menghilangkan kolesterol LDL, meningkatkan peredaran darah, serta membantu menghilangkan sakit badan dan kebas.

Pengganti makanan DrMiow juga mengandungi PromOat beta-glukan yang mampu mengurangkan kolesterol, asid urik dan lemak badan, serta berkesan memperbaiki masalah tiga tinggi dan melindungi jantung; manakala 2-FL, oligosakarida susu ibu (HMO) pula adalah sejenis prebiotik pemakanan imun yang diperlukan oleh tubuh manusia, ia bermanfaat untuk sistem usus dan imuniti manusia. Selain yang disebut di atas, terdapat juga pelbagai nutrien dan mineral yang diperlukan pada setiap hari supaya anda kekal bersemangat.

Pengasas HappyFamily, Master Tan juga berkata: "Sebungkus DrMiow boleh membuat anda kenyang selama 4 hingga 6 jam. Bukan sahaja dapat memenuhi keperluan wanita yang ingin menguruskan berat badan dengan berkesan, malah juga dapat menyelesaikan masalah tidak sempat menyediakan sarapan pagi oleh para pelajar dan pekerja pejabat yang sibuk. "

Melancarkan DrMiow Melalui Siaran Langsung LIVE

Hadiah dan Tunai Lumayan Diberikan Sambil Melakukan Kerja Amal

HappyFamily akan mengadakan majlis pelancaran produk secara siaran langsung melalui laman Facebook HappyFamily2u pada 8 November 2020, pukul 8 malam. Pengacara terkenal, Mc Jo juga dijemput untuk menjadi duta produk dan pengacara siaran langsung pada malam itu.

Sebagai tanda terima kasih atas sokongan pelanggan dan peminat mereka, hadiah bernilai RM2,000 akan diberikan pada siaran langsung malam itu, serta hadiah dan produk DrMiow bernilai RM20,000. Sekiranya anda berminat membeli, produk baru akan dijual melalui laman Facebook dan Shopee setelah pelancaran tersebut. Nama Facebook dan Shopee adalah HappyFamily2u.

Di samping mempromosikan produk baru, HappyFamily tidak lupa melakukan kerja amal. Dalam siaran langsung malam itu, setiap set DrMiow yang berjaya dijual (satu set mengandungi empat kotak produk), maka sekotak pengganti makanan DrMiow akan diberikan kepada Pertubuhan Kebajikan Shi Fang dan badan kebajikan lain-lain.

Facebook: HappyFamily2u          Shopee: HappyFamily2u

Source https://www.media-outreach.com/release.php/View/52082#Contact